Thursday 2 October 2014

Bagaimana untuk memperbaiki pencapaian subjek "kesayangan anda" Matematik.


         Abi Mutalib adalah seorang pelajar tingkatan 3 yang sering gagal dalam peperiksaan.Keputusan matematiknya memang berwarna merah sejak dari tingkatan 1 lagi. Tetapi sebenarnya beliau dahulunya Champion matematik sewaktu UPSR dahulu.  

Setelah "dimasak" oleh ibunya, Abi bersemangat untuk mengulangkaji dan memperbaiki keputusan peperiksaan beliau.Ketika di sekolah, waktu pelajaran matematik, apa yang diajar oleh gurunya terlalu "advance" untuk dirinya dan Abi merasakan dirinya terlalu ketinggalan, cuba bertanya kepada guru tetapi keputusanya masih sama, Abi kebingungan. 

Di rumah,  hatinya retak seribu kerana soalan-soalan buku latihan tingkatan 3 itu terlalu memeningkan kepala. Akhirnya, Abi Mutalib berputus asa dan masa depannya kembali gelap. 

Pernahkah anda mengalami situasi di atas? 

 Hampir setiap pelajar mempunyai kisah "cinta" yang tiada penghujung dengan subjek matematik . sesetengah menyintainya dengan penuh kasih dan kebanyakan membencinya dengan penuh dendam
tapi realitinya , subjek ini terlalu penting dan adalah salah satu subjek wajib lulus bagi setiap peperiksaan. 

Oleh itu, adalah lebih baik jika saya membantu para pelajar untuk menguasai matematik dengan tips-tips yang memang baguslah. 

Mulakan dengan........ Kepercayaan diri!
Kegagalan anda di masa lampau tidak sama dengan keadaan anda di waktu sekarang. Mungkin anda dahulunya seorang pelajar matematik yang dikategorikan sebagai pelajar "harapan malap/pudar/hitam". Lupakan semua itu dan mulakan hidup yang baru. 

Matematik sama seperti subjek lain, jika dipelajari dengan teknik yang baik, matematik boleh dikuasai dengan mudah. Percaya diri boleh mempelajari dan menguasai dan minda you guys akan mula terbuka  dan terima lar bahawa anda kena perlu bekerja/berusaha lebih keras kerana selama ini anda telah bekerja seperti ulang kaji matematik selama 30 minit itu adalah kejayaan paling membanggakan dalam hidup anda. 


Mulakan sesi ulangkaji dengan latihan yang mudah dan selesa.
Kerana terlalu bersemangat, ramai kehilangan harapan dan patah semangat apabila cuba menjawab soalan-soalan yang susah, You guys janganlar gelojoh sangat. Adalah lebih baik jika anda bertanya dengan guru matematik anda untuk latihan yang sesuai untuk anda.

Jika anda seperti Abi Mutalib, 
Adalah lebih bijak untuk memulakan ulang kaji dengan latihan-latihan tingkatan 1 yang dahulunya anda elak kerana anda percaya guru matematik kelas anda adalah kelahiran semula Harimau Bengal. Setelah menguasai bahagian yang bermasalah pada tahap tingkatan 1, tingkatkan tahap kesusahan latihan anda.

Setelah bermula dengan tahap yang anda selesa, tingkatakan tahap kesusahan secara berperingkat. 

Gunakan contoh dan langkah2 yang diberikan didalam buku rujukan matematik anda. 

Buku rujukan yang dibeli dengan penuh harapan palsu akan menjadi BFF kamu dalam perjalanan kamu untuk memperbaiki keputusan kamu. Pastikan buku rujukan anda berada di hadapan anda ketika melakukan ulang kaji. Teliti cara dan langkah2 yang mereka berikan untuk menyelesaikan masalah matematik. 

Rujuk jawapan setelah menyiapkan soalan walaupun soalan sangat mudah untuk memastikan jalan kerja lengkap dan untuk meningkat confident anda apabila menjawab. 

Nota: Pilih buku latihan yang menyertakan contoh dan penyelesaian untuk memudahkan ulang kaji

Maaf rakan-rakan ku yang kurang bijak

Apabila anda ingin memulakan study "group" , pastikan lah ianya "study" group, bukanlar "gossip" "handphone" "BPL " atau "love" group. Pilih rakan2 yang lebih arif dan berkemampuan dalam subjek matematik untuk membantu dan mereka selalunya lebih fokus dalam melengkapkan kerja mereka. 

Cintai pensil , pemadam dan kekemasan kerja. 

Saya melarang keras pelajar menggunakan pen apabila mengulang kaji matematik kerana matematik adalah subjek yang dipelajari melalui mencuba dan kesilapan.Jika guru anda ingin anda menulis menuggunakan pen, rajin-rajin lar untuk menulis dengan pensil terlebih dahulu dan gunakan pen apabila mendapat jawapan yang sahih. 

 Pastikan jalan kerja di tulis rapi dan mudah difahami untuk memudahkan mengenalpastikan kesalahan langkah dalam jalan kerja anda. Kerana saya dulu pun pening dengan jalan kerja saya sendiri. 

TIP TERAKHIR INI YANG PALING BERKESAN DAN MUJARAB! 100 SUCCESS RATE!

Terus mencuba dan jangan berputus asa apabila cuba menyelesaikan soalan yang sangat mencabar.

Kebencian dan keseronokan matematik berada pada kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang benar-benar mencabar. Apabila anda rasa "sangkut" , gunakan beberapa cara ini:
-Whatsapp rakan anda yang lebih pandai (crush anda mungkin???)
-Bulatkan dan tanya guru/tutor anda bila berjumpa nanti. 
-Rujuk kepada buku rujukan(lebih banyak buku rujukan lebih bagus)
-Ambil "angin" terlebih dahulu. (5-10 mins).
- Lihat pada jawapan dan cara penyelesaiannya, tetapi buat soalan lain yang sama jenis, 

Apabila anda dapat menyelesaikan masalah yang menghantui anda, nescaya cinta anda kepada matematik akan kembali dan bertambah - tambah! Semoga berjaya dan percaya pada diri! 

0 comments:

Post a Comment